Monday, 2 December 2013

Kau Pergi Jua . . .

Assalammualaikum .

Hai guys :)

Dah berapa hari dah since masuk sem baru ? Seminggu dah kan ?
Haa . Takde mende sangat about masuk sem baru .
Cuma . . .

Masa hari weekends harituh , takde lah harituh sangat senanye . Baru jee semalam kan . Cis .

Hari Sabtu , masatuh aku tengah overnight lah kat Aloq Stiaqq, then tetiba aku dapat text dari wechat , dari member satu tempat kerja dulu .

*ting ting*
*open lock*
*open notification*

' Redboyz sent you 2 messages '

*click*

" Asmkm ain , aku harap kau sabar . Aku nak bagitau kau . Reyhan dah takde . Dia excident moto semalam pagi "

Aku tenung sepuluh seconds . Aku terdiam . Aku gelak .
" Tak tak mungkin . Gebu memain jee nie . Nak kencing aku ler niee "

*type*
" Kau jangan memain bab macam nie gebu . "

*ting ting*
" bodo lah kau takkan aku nak memain . serius la "

Ya Allah . Dan hari Ahad baru aku dapat confirm kan berita nie . Daripada page FB kakak dia .

Aku tenung balik gambar dia . Sebak . Ya Allah . Sahabat yang dulu berkongsi suka . Duka .  Allah lebih sayangkan dia . Allah dah ambil dia .

Reyhan , Ain tak sempat jumpa Reyhan kenapa Reyhan pergi dulu ?
Banyak dosa Ain kat Reyhan . Kita banyak gaduh . Ain tak sempat minta maaf . Banyak lagi Ain nak cakap kat Reyhan . Ain tak dapat pergi majlis pengebumian Reyhan . Kenapa Ain jauh sangat .

Kita baru borak tiga empat hari lepas about Mami Reyhan . Reyhan cerita Mami sakit buah pinggang . Ain cakap kat Reyhan supaya tabah . Tak . Tak mungkin Reyhan dah pergi . Muda lagi .

Ain ingat lagi Reyhan selalu cerita kat Ain . Reyhan mimpi Ayah Reyhan datang dalam mimpi . Reyhan kata dia ajak Reyhan ikut dia . Reyhan kata Reyhan nak ikut dia . Reyhan kata Reyhan rindu dia . Ya Allah . Kamu pergi jua mengikut ayah mu .



MUHD  REHAN  BIN  AZMAN
1994 - 2013

Tenang lah di sana Reyhan . Moga Reyhan di tempatkan dalam golongan orang-orang beriman .
Insya Allah , Ain akan selalu doa kan kesejahteraan Reyhan .

:')

Al-Fatihah .