Sunday 13 January 2013

Roadtrip to the end of the map.

Assalammualaikum .
Hello hello hello gays all over the world ~ *nari nari cipan*

13th January 2013 .
Subhanallah indah langit subuh :')

Seronok much you gays this weekend ? Aku cukup beronok-ronok hari nie.
At first awal after subuh aku dan Haziqah, of course kitorang pergi jog sana jog sini.Membakar lemak-lemak terkumpul. Menghirup udara segar. Melapangkan fikiran. ecehh puitis. Kalah A. Samad Said lah kan.
the road seems neverending, right ?
Lepas tuh singgah RPA , supply carbo dan fats balik. Sengal kan ? ngahngahngah.

Nampak sedap, tapi. . . memang sangat sedap actually. hahah . k tak lawak *cucuk mata*

Then balik, mandi bagai apa semua. Get ready, pergi keluar lagi.
Niat nak ke Kangar beli ticket bus untuk pulang berhari raya cina bertukar track pula. Seronok aku meng-vava vroom motor orang ke sana sini. Sampai ke hujung peta ! Tak percaya ? Google maps sikit, Kuala Perlis tuh letaknya kan tepi laut. Kira hujung peta lah tuh. Kecoh lah you gays nie.
Buttocks pun naik kematu, boleh kata macam ada cucuk Bottox pulak kan kat buttocks nie. eyuw -_-

Puihh gedik nya mukaaaa woy ! 
Then kitorang menyinggah Secret Recipe. Nak nak dapat makan cheese cake ohmaigadd ohmaigadd ! Takda hal lah melayang sikit fulus. Janji mengidam terubat. hahah. Padahal bila bukak wallet air mata mengalir. Kupas bawang katanya.

Yogurt cheese cake ,free a cup of tea.  Mine.

Banana chocolate cake. Ziqah's.
haa ! tang kek coklat banananana nie buat aku gelak. Aku tak pernah rasa menatang nie , bila aku rasa , aku buat muka , hahahahah

"Apahal semacam pelik dohh rasa?" - me

"Asal? Rasa dia macam cokodok pisang ?" - Ziqah

"Haah ! HAHAHAHAHAHAHAH" - me

 See ? Pandai Secret Recipe memanipulasi resepi nenek moyang kita, elok dari cekodok pisang jadi Chocolate banana cake yadaa yadaa yadaa . Unsur illuminati banyak. Banned Secret Recipe lah lepas nie. hahah. 

muka mintak kaki size sbelas. kbye.
Muka pasrah jee apahal si jemah nie. Kekenyangan makan cekodok pisang hahahah.

Dah bosan dengan Kuala Perlis, ehh salah kosa kata, dah seronok dengan Kuala Perlis, menyinggah pula ke . . . Bukit Ayaq . Bukit Ayer. Bukit Air. apa-apa lah korang nak sebut. Asal paham dah lah.

hai. saya budak batak nampak air terjun. sila tampar lelaju .
Apahal lah dengan abang uncensored belakang nun aku snap sekali ? Tak berkat hidup you gays tengok perut terjojol abang tuh kan. Minta maap minta maap. Nasib kami tak bawa underwear spare, kalau tak that moment aku terjun terus join abang tuh lawan selam-selam. Bukan senang nak jumpa air banyak-banyak. hahah.

"Meh mama ikat. Tuh lah kecik-kecik belajor memain."
Get ready to go back to reality. Back to UiTM Arau. Back to tons of stressful works.

Nampak macam Valentino Rossi tak ? hakhak
So here i am, menghadap kerja menimbun again. Nanti free lagi nak buat roadtrip ke Padang Besar pula. Apa ada hal. Perlis nie kecik sejembut peta je. hahah.  Alhamdulillah kurang stttttttress sikit-sikit tadi. hikhok.
Dah dah lah you gays. 

Tup.

Tuesday 8 January 2013

Neverending history of hostels.

Assalammualaikum ! Well hello hello hello good evening gays all over the world.

You gays dah makan ? Dah minum ? Dah yakyak ? Good good *nodding*
Penat kan hari nie. Aku rasa macam today was the longest day evaaaaaa. Semua pasal lab chemistry yg neverending gila procedures dia tadi lah. Sampai terketar-ketar aku buat experiment. Maklum lah excellent student memang bagi full commitment, klung klang klung klang bunyi conical flasks sana sini, full commitment yee dalam menipu result sekalipun *muka confident*

Sesampai bilik aku rasa heaven gila dapat cecium tilam buruk aku nie. Penat bak hang. Tetiba aku duk terfikir, ter flash back sikit, masa zaman dolu-dolu aku duduk hostel for the first time in my life. Memang ayat gedik habis. Aku nie anak number empat dari enam zuriat cecomel dan kekacak hasil perpaduan mak abah aku. hahah apahal lah ayat kau ain !
Okaaaay back to the topic. Even anak tengah pun sebenarnya tahap kemanjaan aku super duper infinity ahh omputih habaq. Dulu zaman form one, aku dicampak masuk ke sekolah berasrama kat keyyell sana. Under Yayasan Selangor. Aku tak ingat nama yayasan tuh tp tempat dia kat Bukit Nenas kott. Kee bukit cempedak ? Ehh buta nya geografi aku. And sekolah aku pula SMK(P) Sri Aman, satu hostel tuh sekolah lain-lain lah, haaaa nie bawah nie sekolah aku dolu-dolu

tudia menggamit memori tengok bumbung
More info about this school ? Click here lah here lah ! Sekolah nie aku cakap pergh ! High class weh, memang aku rasa mcm awkward gila, memang aku ini anak orang kampung *tiada keretaku bawa kau jalan jalan* okaaaaaaay diam. sooo bila masuk bandar besaaau nie aku mcm takut-takut tikus jee. Sempat aku duduk kat keyeeell nie seminggu jee tak lebih tak kurang. hahah. Aku tak suka semua lah serba serbi hostel aku tuh, makanan dia tak cool, ikan goreng mcm ikan bantuan kemanusiaan je aku tgk , acik dewan makan dia dah lah kantoi cemolot dekat kitchen time aku nak ambik lunch, sesedap jee diorg kat belakang buat aksi memberangsangkan, tp aku kecik lagi takde rasa apa, rasa nak tengok jee, serius tak lebih *muka innocent habis*. Pastuh kakak2 senior tahap kecipanan membuak-buak. Ehh banyak lah lagi aku boleh debatkan isu nie. Sebab dah tak suka duduk hostel kan, even bau dia pun aku jadi tak suka. hahah. Tup tup time weekend parents aku dtg, aku merayu lah nak balik. Menangis nangis bergolek sana sini, padahal tiap hari memang nangis jee kerja call cakap nak balik. Sanggup tiap-tiap hari kumpul syiling nak pakai public, maklum lah henpon henpon dulu too mainstream lah. Public phone lagi cool. Cess poyo. Alkisah aku pun keluar lah dari situ, settle semua angkut barang chiaow ! 
Kisah punya kisah berlanjutan aku masuk asrama lagi, tapi dekat sikit lah dari rumah, SMK Banting, 42700 Banting, Selangor . Tak jauh pun, naik moto setengah jam sampai,

comel nya sekolah aku nie :')
More info about sekolah kesayangan aku nie boleh lah korang usha-usha sini . Ceritanya aku duduk hostel situ pun tak lama. Seminggu gak. hahah. Dah macam sumpahan lah pula cerita aku nie. Tapi tanpa sebab kukuh aku rasa, makan okay mcm hotel 5 stars, katil pun sedap jee, sesaja nak menggedik sampai abah and mak aku merajuk dengan kegedikan aku. Banyak duit habis kan .
 Baru aku sedar aku nie banyak susahkan diorang :'( 
Aku nak buat macam mana, memang aku tak tahan berjauhan, banyak aku fikir, kucing kat rumah tuh, kalau diorang bosan siapa nak main keja-kejar dengan diorang ? Kalau mak aku berdating ngan abah aku lupa nak angkat baju kat ampaian siapa lagi nak angkat kan kalau bukan aku ? Tuh kalau tibi astro tuh takda siapa tengok siapa nak tengok kalau bukan aku ? 
Tuptap tuptap time bulan SPM aku duduk hostel sebab nak fokus study bagai. Semua dok pakat menganjing aku 
"Eleh boleh ke kau nie? Nanti sibuk nangis nak balik hahah"

 Dan kes menganjing aku berlarutan sampai aku masuk universiti nie. Lagi lah tuptap dapat u paling jauh pula Perlis nie ! Kakak abang aku kat Melaka je pun. Cess zimbabwe betul korang. Hasilnya aku lah anak yg paling independent sekarang nie, kott lah, sebab dah terlampau banyak kena suap dengan kemanjaan dari kecik, so after SPM aku lebih suka hidup sendiri. Taknak susahkan abah n mak lagi dah. Tobat tobat tobat. 
Cuma sedih masa hari first mak aku yg pakat nangis time lipat baju aku masuk locker. Cess cover cover lap hingus kat baju aku gak. Mak mak, nasib lah mak comel, kalau tak ain gigit-gigit dah. 

Bila difikir balik kelakar pun ada, macam-macam dah aku lalui dolu-dolu, dah besar gedabak haa aku nie rupanya. Thanks to mak abah aku , cukup banyak kasih sayang yang aku rasa ecehhh :p
Bila ada masalah ke aku nak menggedik ke aku suka cerita kat mak aku bagai, nanti mula lah keluar statement menganjing masing-masing, 
"Eleh nangis nak balik lah tuh. Kenapa? makan tak sedap ke? hahahahahahah"
Cess kuangsam !
Mak lihat lah muka bahagia anak mak dapat study U . See? Ain dah besaaaaa mak !

 "Experinces are the best teachers. Though they are bad."
Tup.

Saturday 5 January 2013

Kawan laga-laga kepala dulu kini dan selamanya.

Assalammualaikum . Hye gays all over the world . How have you gays been ?

Seronok weekends melepak sana sini tak tentu hala ? Good good. *nodding* Seronok kan. Kerja tinggal belakang dulu. Beronok-ronok minum-minum lepak-lepak berasap sebatang dua dulu.
Tunggu lah waktu dekat-dekat nak kuliah baru you gays tahu penyeksaan nak siapkan kerja last minute. hahah.
Bukan nak cerita pasal kerja. Kerja kerja kerja. It's weekends lah weh ! Have fun, live young blablabla okaaaaaaay not for student like ME. No. Definitely zero error. Mahu ranap masa depan aku.

Back to the topic, apakah ? Kawan laga-laga kepala ? Entah. Aku main letak term macam tuh. Sedap jee bunyi. Dia; Ummi Ezzati anak tokey besar projek juta-juta , insan istimewa bagiku. Eceh geli geleman bulu kaki aku. Sahabat sekolah menengah, sesama buat jahat. Sesama belajar. Sesama macam-macam lagi lah. Sebab aku baru jumpa dia tadi setelah sekian lama tak ketemu saja lah aku nak cerita pasal dia.
Aku meredah panas dengan matahari tercacak jarak 2 meter jee dari atas kepala, dengan tak berpayung nya, berjalan keluar kolej sampai RPA, okay taktau RPA, kata lah dari lobi KLCC kau berjalan sampai ke tingkat atas sekali . Hyperbola nya aku. Lebih kurang setengah jam perjalanan aku . Habis sunburn tau hewhew *duckface sikit* . Semua pakat tenung aku pelik berjalan. Dah semua berkenderaan beroda dua tiga empat dan seterusnya keluar UiTM. Ada yang tegur,

"Tak panas ke dik ?"
tak lah sejuk gila macam kat kutub utara bang

"Huy nak ke C-Mart ke dik ?"
jalan straight je senyap boleh tak. saya nie pemalu tahu.

"Haaaaai ! "
hai je ? tumpangkan takpe gak. puih.

Tapi aku tetap gagah sebab fikir kerinduan yang menebal. Walaweh ayat komsas habis. 


Nampak tak utuhnya kasih sayang kami
Zaman fivers. Batch 2011 . Hari Koperasi Sekolah. Aku jadi usahawan aiskrim . Ala-ala tutti frutti gitu. Rindu toksah habaq lah weh ! Aku kalau lah ada fairy godmother tuh aku nak minta dia bawak aku balik ke zaman sekolah. Aku tak suka zaman lain. Tak suka tak tak tak.
Ikut pendapat aku sendiri, mungkin ramai di luar sana fikir macam aku juga, yang mana, zaman sekolah menengah lah zaman paling seronok. Kawan pun lain. Cikgu pun lain.
Bukan semua kawan sekepala kita boleh jumpa kat mana-mana . Kawan sekepala kalau dah jumpa satu tuh, itu je lah yang boleh buat , tuh aku cakap buat laga-laga kepala. Mungkin ada lagi ramai yang serupa tapi tak sama. Tak boleh nak laga-laga kepala sangat. Cerita nak berlapik jee manjang. Halaaahai lomah .

Senang cerita kita biasa sangat jumpa kawan yang jenis, makan kawan, tolak kawan, pijak kawan dan sebagainya. Susah nak jumpa kawan yang betul boleh kata SAHABAT gitu. Makin besar makin pelik perangai manusia aku jumpa. Aku sendiri pun ada busuk-busuk gak. Jangan lah judgementals sangat kan. Err okaaay .

Moral of the story, you gays fikir sendiri mana yang baik mana yang busuk. Yang busuk buat kawan. Yang baik buat sahabat. Jangan pernah cari lawan. Kau fikir lah ! *scream to Aizat's song*

Sambung lepak dengan tutorials.
Tup.

Friday 4 January 2013

Timbul tenggelam.

Assalammualaikum . *toleh kiri kanan pastikan line clear*

Apahal nak toleh kiri kanan ? Mana tahu roommates aku intai aku dok merapu nie. Jatuh kemaluan aku.
Haaaaaaaaaaaaa.
Lama dah aku tak menjejak kaki kat blog nie . Berusang bersawang bersebagainya lah . Tiba-tiba baru nie lah aku rasa nak mengarang memacam kan. 

"UPDATE LAH AIN UPDATE LAH UPDATE LAAAAAH"

Banyak betul bisikan-bisikan setan menusuk kepala otak aku . Bukan lah nak membuang masa.  sesaja jee weh. mengisi masa terluang, konon nya lah kan *haaaktuih*.
 Padahal dok kalut fikir tutorials lah , lab reports lah. Nampak tak cemerlang nya aku study humban jejauh , blog aku number satu kan.
Ehh bahasa aku macam rojak basi sangat entah kenapa. Penat mungkin. Lepas menapak tangga beranak-pinak lima tingkat. Penat yaa aku penat. Saja nak menggedik potpet potpet kat sini. hahah.

Aku baru balik ko-ko sebenarnya nie. Persatuan Gamelan UiTM Arau Perlis . Ada gak lah ciri-ciri seni dalam jiwa aku rupanya. Alat yg aku main , err bunyi macam tak semenggah sikit , GAMBANG . 
Indah rupanya, enak bunyinya. 
See? 
Tak pernah dengar ? Noob noob noob gila weh kau ? hahah. Okay letak kerusi tuh ke bawah.Chill aku bergurau lah kan. hmm hmm.
Aku belajar main dulu first-first nak naik juling mata. Bagi orang jiwa seni kudung lipas macam aku memang agak susah. Boleh lah. Ini pun aku rasa ada lah gak juling-juling jambu air. 20 degree north maybe. 
Dah second class nie seronok lah main dah pandai. Try lah you gays semua cari kelas yg menawarkan subjek Gamelan nie. Mencuba sesuatu yang baru kan kan kan. Seronok pun seronok. In shaa Allah satu hari nanti nama aku akan megah atas pentas bermain GAMBANG nie. hahah. jauh sangat berangan pun tak elok sebenarnya -_-

Cukup cukup. Aku nak melahap wedges yang comel lotee nie. Karang dah sejuk merajuk pula baby dalam perut nie. "Mama jahat bagi makanan tak sedap" . Hmm hmm kaaaaaaaaay aku berangan makin jauh nampaknya.