Tuesday 8 January 2013

Neverending history of hostels.

Assalammualaikum ! Well hello hello hello good evening gays all over the world.

You gays dah makan ? Dah minum ? Dah yakyak ? Good good *nodding*
Penat kan hari nie. Aku rasa macam today was the longest day evaaaaaa. Semua pasal lab chemistry yg neverending gila procedures dia tadi lah. Sampai terketar-ketar aku buat experiment. Maklum lah excellent student memang bagi full commitment, klung klang klung klang bunyi conical flasks sana sini, full commitment yee dalam menipu result sekalipun *muka confident*

Sesampai bilik aku rasa heaven gila dapat cecium tilam buruk aku nie. Penat bak hang. Tetiba aku duk terfikir, ter flash back sikit, masa zaman dolu-dolu aku duduk hostel for the first time in my life. Memang ayat gedik habis. Aku nie anak number empat dari enam zuriat cecomel dan kekacak hasil perpaduan mak abah aku. hahah apahal lah ayat kau ain !
Okaaaay back to the topic. Even anak tengah pun sebenarnya tahap kemanjaan aku super duper infinity ahh omputih habaq. Dulu zaman form one, aku dicampak masuk ke sekolah berasrama kat keyyell sana. Under Yayasan Selangor. Aku tak ingat nama yayasan tuh tp tempat dia kat Bukit Nenas kott. Kee bukit cempedak ? Ehh buta nya geografi aku. And sekolah aku pula SMK(P) Sri Aman, satu hostel tuh sekolah lain-lain lah, haaaa nie bawah nie sekolah aku dolu-dolu

tudia menggamit memori tengok bumbung
More info about this school ? Click here lah here lah ! Sekolah nie aku cakap pergh ! High class weh, memang aku rasa mcm awkward gila, memang aku ini anak orang kampung *tiada keretaku bawa kau jalan jalan* okaaaaaaay diam. sooo bila masuk bandar besaaau nie aku mcm takut-takut tikus jee. Sempat aku duduk kat keyeeell nie seminggu jee tak lebih tak kurang. hahah. Aku tak suka semua lah serba serbi hostel aku tuh, makanan dia tak cool, ikan goreng mcm ikan bantuan kemanusiaan je aku tgk , acik dewan makan dia dah lah kantoi cemolot dekat kitchen time aku nak ambik lunch, sesedap jee diorg kat belakang buat aksi memberangsangkan, tp aku kecik lagi takde rasa apa, rasa nak tengok jee, serius tak lebih *muka innocent habis*. Pastuh kakak2 senior tahap kecipanan membuak-buak. Ehh banyak lah lagi aku boleh debatkan isu nie. Sebab dah tak suka duduk hostel kan, even bau dia pun aku jadi tak suka. hahah. Tup tup time weekend parents aku dtg, aku merayu lah nak balik. Menangis nangis bergolek sana sini, padahal tiap hari memang nangis jee kerja call cakap nak balik. Sanggup tiap-tiap hari kumpul syiling nak pakai public, maklum lah henpon henpon dulu too mainstream lah. Public phone lagi cool. Cess poyo. Alkisah aku pun keluar lah dari situ, settle semua angkut barang chiaow ! 
Kisah punya kisah berlanjutan aku masuk asrama lagi, tapi dekat sikit lah dari rumah, SMK Banting, 42700 Banting, Selangor . Tak jauh pun, naik moto setengah jam sampai,

comel nya sekolah aku nie :')
More info about sekolah kesayangan aku nie boleh lah korang usha-usha sini . Ceritanya aku duduk hostel situ pun tak lama. Seminggu gak. hahah. Dah macam sumpahan lah pula cerita aku nie. Tapi tanpa sebab kukuh aku rasa, makan okay mcm hotel 5 stars, katil pun sedap jee, sesaja nak menggedik sampai abah and mak aku merajuk dengan kegedikan aku. Banyak duit habis kan .
 Baru aku sedar aku nie banyak susahkan diorang :'( 
Aku nak buat macam mana, memang aku tak tahan berjauhan, banyak aku fikir, kucing kat rumah tuh, kalau diorang bosan siapa nak main keja-kejar dengan diorang ? Kalau mak aku berdating ngan abah aku lupa nak angkat baju kat ampaian siapa lagi nak angkat kan kalau bukan aku ? Tuh kalau tibi astro tuh takda siapa tengok siapa nak tengok kalau bukan aku ? 
Tuptap tuptap time bulan SPM aku duduk hostel sebab nak fokus study bagai. Semua dok pakat menganjing aku 
"Eleh boleh ke kau nie? Nanti sibuk nangis nak balik hahah"

 Dan kes menganjing aku berlarutan sampai aku masuk universiti nie. Lagi lah tuptap dapat u paling jauh pula Perlis nie ! Kakak abang aku kat Melaka je pun. Cess zimbabwe betul korang. Hasilnya aku lah anak yg paling independent sekarang nie, kott lah, sebab dah terlampau banyak kena suap dengan kemanjaan dari kecik, so after SPM aku lebih suka hidup sendiri. Taknak susahkan abah n mak lagi dah. Tobat tobat tobat. 
Cuma sedih masa hari first mak aku yg pakat nangis time lipat baju aku masuk locker. Cess cover cover lap hingus kat baju aku gak. Mak mak, nasib lah mak comel, kalau tak ain gigit-gigit dah. 

Bila difikir balik kelakar pun ada, macam-macam dah aku lalui dolu-dolu, dah besar gedabak haa aku nie rupanya. Thanks to mak abah aku , cukup banyak kasih sayang yang aku rasa ecehhh :p
Bila ada masalah ke aku nak menggedik ke aku suka cerita kat mak aku bagai, nanti mula lah keluar statement menganjing masing-masing, 
"Eleh nangis nak balik lah tuh. Kenapa? makan tak sedap ke? hahahahahahah"
Cess kuangsam !
Mak lihat lah muka bahagia anak mak dapat study U . See? Ain dah besaaaaa mak !

 "Experinces are the best teachers. Though they are bad."
Tup.

No comments:

Post a Comment