Friday, 4 January 2013

Timbul tenggelam.

Assalammualaikum . *toleh kiri kanan pastikan line clear*

Apahal nak toleh kiri kanan ? Mana tahu roommates aku intai aku dok merapu nie. Jatuh kemaluan aku.
Haaaaaaaaaaaaa.
Lama dah aku tak menjejak kaki kat blog nie . Berusang bersawang bersebagainya lah . Tiba-tiba baru nie lah aku rasa nak mengarang memacam kan. 

"UPDATE LAH AIN UPDATE LAH UPDATE LAAAAAH"

Banyak betul bisikan-bisikan setan menusuk kepala otak aku . Bukan lah nak membuang masa.  sesaja jee weh. mengisi masa terluang, konon nya lah kan *haaaktuih*.
 Padahal dok kalut fikir tutorials lah , lab reports lah. Nampak tak cemerlang nya aku study humban jejauh , blog aku number satu kan.
Ehh bahasa aku macam rojak basi sangat entah kenapa. Penat mungkin. Lepas menapak tangga beranak-pinak lima tingkat. Penat yaa aku penat. Saja nak menggedik potpet potpet kat sini. hahah.

Aku baru balik ko-ko sebenarnya nie. Persatuan Gamelan UiTM Arau Perlis . Ada gak lah ciri-ciri seni dalam jiwa aku rupanya. Alat yg aku main , err bunyi macam tak semenggah sikit , GAMBANG . 
Indah rupanya, enak bunyinya. 
See? 
Tak pernah dengar ? Noob noob noob gila weh kau ? hahah. Okay letak kerusi tuh ke bawah.Chill aku bergurau lah kan. hmm hmm.
Aku belajar main dulu first-first nak naik juling mata. Bagi orang jiwa seni kudung lipas macam aku memang agak susah. Boleh lah. Ini pun aku rasa ada lah gak juling-juling jambu air. 20 degree north maybe. 
Dah second class nie seronok lah main dah pandai. Try lah you gays semua cari kelas yg menawarkan subjek Gamelan nie. Mencuba sesuatu yang baru kan kan kan. Seronok pun seronok. In shaa Allah satu hari nanti nama aku akan megah atas pentas bermain GAMBANG nie. hahah. jauh sangat berangan pun tak elok sebenarnya -_-

Cukup cukup. Aku nak melahap wedges yang comel lotee nie. Karang dah sejuk merajuk pula baby dalam perut nie. "Mama jahat bagi makanan tak sedap" . Hmm hmm kaaaaaaaaay aku berangan makin jauh nampaknya. 

No comments:

Post a Comment