Monday 2 December 2013

Kau Pergi Jua . . .

Assalammualaikum .

Hai guys :)

Dah berapa hari dah since masuk sem baru ? Seminggu dah kan ?
Haa . Takde mende sangat about masuk sem baru .
Cuma . . .

Masa hari weekends harituh , takde lah harituh sangat senanye . Baru jee semalam kan . Cis .

Hari Sabtu , masatuh aku tengah overnight lah kat Aloq Stiaqq, then tetiba aku dapat text dari wechat , dari member satu tempat kerja dulu .

*ting ting*
*open lock*
*open notification*

' Redboyz sent you 2 messages '

*click*

" Asmkm ain , aku harap kau sabar . Aku nak bagitau kau . Reyhan dah takde . Dia excident moto semalam pagi "

Aku tenung sepuluh seconds . Aku terdiam . Aku gelak .
" Tak tak mungkin . Gebu memain jee nie . Nak kencing aku ler niee "

*type*
" Kau jangan memain bab macam nie gebu . "

*ting ting*
" bodo lah kau takkan aku nak memain . serius la "

Ya Allah . Dan hari Ahad baru aku dapat confirm kan berita nie . Daripada page FB kakak dia .

Aku tenung balik gambar dia . Sebak . Ya Allah . Sahabat yang dulu berkongsi suka . Duka .  Allah lebih sayangkan dia . Allah dah ambil dia .

Reyhan , Ain tak sempat jumpa Reyhan kenapa Reyhan pergi dulu ?
Banyak dosa Ain kat Reyhan . Kita banyak gaduh . Ain tak sempat minta maaf . Banyak lagi Ain nak cakap kat Reyhan . Ain tak dapat pergi majlis pengebumian Reyhan . Kenapa Ain jauh sangat .

Kita baru borak tiga empat hari lepas about Mami Reyhan . Reyhan cerita Mami sakit buah pinggang . Ain cakap kat Reyhan supaya tabah . Tak . Tak mungkin Reyhan dah pergi . Muda lagi .

Ain ingat lagi Reyhan selalu cerita kat Ain . Reyhan mimpi Ayah Reyhan datang dalam mimpi . Reyhan kata dia ajak Reyhan ikut dia . Reyhan kata Reyhan nak ikut dia . Reyhan kata Reyhan rindu dia . Ya Allah . Kamu pergi jua mengikut ayah mu .



MUHD  REHAN  BIN  AZMAN
1994 - 2013

Tenang lah di sana Reyhan . Moga Reyhan di tempatkan dalam golongan orang-orang beriman .
Insya Allah , Ain akan selalu doa kan kesejahteraan Reyhan .

:')

Al-Fatihah .





Sunday 17 November 2013

Awek Kaki Ayam VS Awek High Heels

Assalammualaikum WBT .
Bismillahhirrahmanirrahim . . . Amma bak .
Dari zaman sekolah itu jee kalau pembuka kata orang orang nak bagi ceramah aku hapal . Lain taram masuk telinga kanan keluo telinga kiri . Nate betul telinga aku nie .

Haa gini . Aku bukan rajin nak taip berjela nye pun . Saja nak isi masa lapang sikit . Lapang sangat senanye .
Engkorang semua nie dah mandi ke ? Aku tahu belum . Sebab ? Hmm malas nyah nak describe situasi celah ketiak orang lain lah kan . Maka kita proceed .

Awek sihat bang ? Cun awek bang tuh . Aku tak cun macam awek abang lah . Tergugat kewanitaan aku .

Tapi kan bang , aku nie senanye tak suka tengok awek abang . Aik ? Lek ahh .
Awek abang nie macam . . . emm . Tak betul jee . Bukan gila bang . Bukan bukan .
Cuma . Dia tak betul betul tunjuk siapa dia depan abang . Haa bang perasan tak ? Tuh lah orang kata bang . Cinto itu buto . Ehh ! Aku tak mencarut lah . Abang pronounce dan hayati betul betul ayat tuh .
Abang lah kan senanye . Nampak awek abang cun jee . Sebalik muka dia yang bertepek bedak tanaka 5 inci dengan baju tayang bonggol unta tuh dia tak cun pun . Sabo lah woy . Jangan marah bang .
Kejap aku nak tanya abang nie .

Kalau keluo makan kan , dia berani tak ratah drumstick macam orang kebulur , jilat-jilat jari depan abang ? Tak pun ngango makan big mac sampai menjejeh jejeh sos ? Kalau abang jawab YA , awek abang tuh tahap kaki ayam . Pengotor . Hahah . Tak tak aku gurau jee . Aku tau awek cun abang mesti cover cover nak makan kan . Sesuap makan tiga ketul nasik jee masuk . Kesian .

Kalau pakaian dia pulak , dia suka pakai gwiyomi gwiyomi gitu tak dengan abang ? Bangang lah abang nie . Tuh pun nak tanya . Gwiyomi tuh molek molek lah . Abang nie tak sekolah kee dulu . Geez .
Kalau awek abang kan , keje nak melaram depan abang , dia tuh lagi selekeh sebenarnya . Takkan nak ajak jogging pun dia nak lilit shawl ala ala hijabista pastuh tepek makeup kan bang ? Jijik gila . Hahah .
Seronok betul aku kutuk awek engko bang .

Haa lepastuh kan lepastuh kan . hmm . Awek abang nie . hmm .
Susah nak tanya nie . Abang mesti suka main PES kan ? Dia reti kee main game feberet abang tuh ? Mesti tak kan ? Aku tau dah . Mana ada awek cun nak layan benda benda gitu . Baik dia layan dinner dash ke barbie pwincess pwincess kee . Lepastuh bila abang sibuk dengan bola kee nanti dia acah-acah suka bola . Kan ? hahah . Aku tau lah . Abang tanya lah dia sebab apa engko sokong team MU ?
" Sebab kite cinta awak . Kite sokong apa yg awak suka . Suwit kan kite ? "
Kalau ini awek abang jawab ?
Cirit di muka abang . Ciriiiit . hahah . Makin merah muka bang . Marah ke malu ?


Dah dah . Watlek bang . Nie aku nak cakap lah nie .
PEDULI APA KALAU AWEK ABANG PALSU
Kalau dia dah sayang kat abang . Abang kena terima dia macam mana pun dia .
Dia suka makan selekeh kee . Dia suka makan cover kee .
Dia suka pakai makeup kee . Dia kasar macam jantan kee .
Dah dia awek abang , abang kena lah suka setiap inci sifat dia yang 1001 ragam tuh .
Kecuali ,
dia tak suka semayang , dia suka tayang body , dia suka menghabiskan duit abang , perkataan yang keluar dari mulut dia puaka niyang rapik ,
haa itu abang kena ubah . Tegur dia . Nasihat . Doa kan .
Kalau degil jugak ? Jangan abang pulak yang berubah jadi sakai . Dah dua dua jadi pendosa .
Abang lantak kan dia kalau dia degil . Abang quota 4 maa . Cari lagi 3 . muahahah .
Laki aku tak boleh lah cari lain . Kecuali aku yang cari kan atas sebab tertentu .

Alah , bukan semua awek boleh jadi feminin habis .
aku pun ada side yang orang mungkin pertikai kan , macam contoh kan,

Aku fanatik Avenged Sevenfold . Macam pelik awek comel suka metal metal gini . Ihiks . Aku pun tak ingat cemana aku boleh fanatik . Tapi aku bebetul jatuh cinta kat petikan gitar Syn dengan suara MShadow yang meremangkan bebulu aku . Dah nature aku yang memang tak berapa nak jadi awek lembut lembut gitu . Maybe dah terbiasa masa kecik dolu dolu layan WWE . Panjat pokok macam beruk . Main masak-masak sampai terbakar bahu . Biasa lah tuh . Kecik kecik dulu tau nak seronok jee sampai kena sebat dengan getah paip .hahah . err . Lari tajuk dah aku nie .

Aku bukan nak cakap apa yee awek awek kat luar sana . Biasa lah kalau engkorang nak acah acah jadi perfect untuk abang sayang engkorang . Tapi jangan tipu diri sangat .
Cantik tak kekal sayang . Nak jadi cantik biar cantik betul betul . Jadi diri sendiri . Bukan menambah kaler kaler di muka . Tambah warna-warni dalam hati dengan keimanan . Ecewah kalah UAI engko.

hmm . lapar dah nie . tak tahu nak mencarut apa lagi .

Tup .







Saturday 5 October 2013

Tak suka kucing kata tak suka .

Assalammualaikum w.b.t .

It's raining . It's almost midnight .
Dan aku almost nak mati tergelak . Takde lah . Takde siapa buat lawak . Just . . .

So ,
Siapa tak suka kucing ?

ihik comel betul !

Since I was born , memang sejak azali kejadian aku , tak pernah sesaat . Even se-milli saat , aku tak suka kucing . What's not to love about them though ? Lahir lahir jee memang dah ada kucing dalam hidup aku . Nak buat cemana kan .
But , bukan semua orang dalam dunia nie ada obsesi sama macam aku . Kan ? Ada ke obsesi kat bebola bulu . Pfft .

No doubt .
Kucing , kecik kan lagi range; strayed cats , diokucing busuk  kotor uneducated , well kucing sampah lah senang kata . But , aku still suka kucing . Kucing comel kot !
Tapi , ada yang alergik . Ada yang macam " Eyuw jijik " . Ada yang takut , fobia , dan seangkatan dengan mereka . Tapi ada satu group , yang , hmm . . . yang macam nie lah ;

Situasi : Malam
Lokasi : Kolej Gegirls
Watak Utama : Oyen
Watak Sampingan : Dua gegirls berjalan balik bilik .

           Di malam yang sejuk dan hening si sebuah kolej di sebuah universiti , kelihatan dua orang gegirls sedang berjalan balik ke bilik . Tiba-tiba , seekor Oyen berlari pantas mengejar kaki mereka . Dan . . .

Girl A : ARGHH ! AHH AHH ! *sambil melompat dan melompat dan melompat*

Girl B : Kau nie poyo lah bukan kau kata tadi kau sayang kucing ke ?

Aku : PFFFTTTTT !

And practically aku wujud sebagai watak terselit kat situ . Saja taknak mention tadi .

Actually . Kenapa ? WHY the girl pretending and be such an asshole hypocrite ?
Aku tak berapa nak gemar orang orang cenggini . Muka serious nie .
Playing sweet and cute and adorable blablabla , like mengaku SUKA KUCING , sebab ? Who knows ? Sebab BF dia sangat suka kucing ? Sebab dia rasa bila dia mengaku dia suka kucing orang cop dia sebagai awek comel yang hot ? Who knows ?
Tak suka kata je lah tak suka .
Memang kita akan mengaku suka dengan benda yang kita tak suka bila nak amek hati orang kan ?
Hahah .
Kita kena stop attitude yang macam nie . Baru orang tau siapa kita .
Macam Paramore said ;
Well there's a million other girls who do it just like you
Looking as innocent as possible to get to who they want "
Well you know , you don't have to act sweet sweet cenggitu depan awek comel , depan boyfriend hensem , just to get their attention . Being mentally-matured and well-mannered , itu perlu . Tapi acting sweet sweet , bajet perfect , ergh , it's not gonna work . Yelah , depan diorang kau innocent jee , orang kata pijak semut pun tak mati semut tuh boleh pijak kau balik . Tapi belakang dia ? Berak tak basuh pun kau buat . Yucks.

Bukan nak kata apa lah , but please jangan bajet macho or cun sangat lah . Tak mati pun jadi manusia biasa .  Tak mati pun buat benda benda biasa yang diri sendiri selesa buat . Tak . Percaya lah .

Well girls , heheh girls jee kena sexist beno aku nie ye dok ?
Okayy lah , girls and boys ,
Believe in yourself and stop being who you are not .
Jangan malu lah nak jilat jari lepas makan kalau depan boyfriend :)

Tup .

Sunday 22 September 2013

19 th .

Assalammualaikum w.b.t .

Hai jiran , you stalk i lagi ke ?
heheh . Berlumut haa blog . Ber jaman jaman tak update .

Yeay me ! Dah masuk 19 tahun ! Which this is the last belasan belasan tahun lah kan ? Lepas nie masuk puluhan dah omakau tua dah woy . Mak , dah masuk hukum harus kahwin nie . Bukan kah digalakkan kahwin muda , emak emak sekalian ? heheh . Mau kena hambat dengan selipar fipper mak aku nie kang .
" oooooo menggatal ko ! " - mak
" langkah bendul jauh ni . akak nak ferrari sebijik bla bla bla " - kakak
 Dah boleh hidu ayat-ayat yang bakal di campakkan ke aku kalau sua kan idea nak kahwin . hahah . Apa cerita kahwin pulop . choyyyy .

Actually , this is the story about the best birthday ever . Really heartbreaking at first . Tapi , ending dia yang aku nak khabar ke kau orang .
Malam menjelang birthday aku yaitu 20 sept. 2013 tersebut ada malam Majlis Penutup Koku err Kokorikulum eh tak tak. Kokurikulum haaa . Majlis Penutup Koko lah kan . Malam tuh aku kena buat persembahan pembukaan .
mu rase debo dak tengok aku ?

With Cikgu Joe . The best teacher ! Kerja dia troll orang hahah

Main lah tung tang tung tang lagu " Timang Burung " . Eksaited dia kemain . Maklum lah first time main Gamelan depan jutaan penonton . Kayy tuh tipu . Beberapa ratus orang jee aku rasa . Tapi yg tak best tuh kejap gilos main . Cis betul VIP sekalian ingat jalan lama rupe rupe nye kejap jee .

Cerita balik tabir , sebenarnya aku masa tuh tengah gaduh gaduh tak molek dengan si Ziqah  nye . Lepas tuh gaduh gaduh bajet bajet manja dengan si Yun anak cik Zamani nye lah . Dah lah emosional tak stabil . Esok pagi test tak study apa lagi . Adoyy amma appa STRESS ! Dah macam-macam drama jadi malam tuh sampai nangis terduduk dalam shower bagai mengenangkan nasib ,
" WAAAAIIII AAAAAA ?! Esok besday gua . Semua palat palat apa macam *soksek soksek soksek untuk beberapa minit seterusnya* " haa nie aku acah acah jee padahal sobsob jee dalam shower tuh .

Lepastuh study lah sikit sikit kan pastuh tidoo . Tak larat dah pening dia kemain . Tambah sakit hati lagi pulak si Oyen haa serang serang aku masa tidoo . Rasa macam nak suap penampa lima nam bijik jugak lah kan tapi tengok kecomelan dia yang mencerminkan kecomelan aku aku keluarkan jee dia dari bilik . Pandai kamu lah tidoo memana Oyen ! Geram tau geram tahap garam ! Sepanjang malam tuh aku off phone . Ehh buat airplane mode . Off lah tuh kan . Bangang apa lah aku off phone malam birthday . Dah padan muka orang yang semangat nak call aku nak nyanyi nyanyi wish ler konon tapi aku tidoo dulu dah .

Esok pagi tuh, genap 21 sept.2013 , dok elok fuh fuh tudung bersiap nak pegi test tetiba Ziqah whatsapp " Aku jalan kaki " . Lagi berdouble triple quadraple sedih nye . Mesti ke nak jauhkan diri ? Aku dah lah rasa nak tumbang pening kepala . Pergi lah test tuh pap pap pap siap, hantar, balik . Memang kejap sangat aku dalam dewan tuh . Tak larat sangat dah . Menahan sakit otak , sakit mata , sakit hati . Singgah kedai runcit grab susu cekelat dengan corntos chilli cheese , pap letak kaunter . Ehh nampak pulak kuaci teringat hari tuh dah bedal kuaci roommate . Amek kuaci sebungkus besar pap . Bayar semua . Balik . Sampai bilik tuh telan pontalon dengan panadol dua bijik , bagi yang tiada kegemaran nak google pontalon tuh apa, dia sejenis ubat tahan sakit yee anak-anak . Tapi tetap juga tak boleh lelap mata . Aku bagi Oyen minum susu cekelat Dutch Lady suka betul dia . Aku rasa macam aku dah lari tajuk . Kan ?

Nak di pendekkan cerita tengah hari tuh jumpa Adib kat Anjung Siswa aka Mushroom . Adib memberi kata-kata semangat penuh waja . Baru semangat nak tengok Yun practise dance untuk performance dinner diorang tapi Yun tak pegi . Tapi , apa kan daya dia tak menge-reply aku langsung sepatah haram jadah ! Sedih nie . Yun , you tengah baca nie kan ?! Sedih tau tak ?! Baru nak ajak lunch sama . Dia wish pun idok ! Babeng sungguh makin sedih aku . Aku pegi lah KFC makan ayam sensorang sambil kira kereta lalu lalang kat jalan sambil lap lap air mata . Birthday paling lonely . Paling sedih tuh ada pulak budak kecik dok meja sebelah masa aku bukak kotak kek Fairy aku keluarkan slice of Red Velvet tuh dia cakap " Ayah ada bedday " . Lagi aku nangis . Yes adik it's my birthday .
Siap makan aku balik bilik . Layan 4 movies sambil terbaring lesu . Sambil-sambil menggodek wishes kat FB and twitter . Ada lah buat gelak sikit . Still masih down time tuh .

Petang sikit tuh baru lah aku mingle mingle balik dengan Yun . Sorry here sorry there , moochy moochy sikit lepastuh okayy dah lah ihiks :)

Malam tuh dinner-date dengan Nazatul Amira . Dia belanja kite chicky chop =3 hihih .

onyet kata aku snap picture dia tak lawa =3= *duckface*

 Siap bagi hadiah . Rasa nak nangis terharu . Nangis jee kerja kau nie ain choyy . Have fun sangat sharing stories dengan my sister nie . Thanks Onyet for making my day umph umph gitu ! :D I love you too to the moon and back !

Then balik hantar Onyet tuh pegi lepak bilik Kechik kejap . Nak tunggu boypreng memasing settle dinner . Nak jumpa kejap katanya . Maka pergi lah kami ke Mushroom . M's dan N's bertemu . Aku dan ? ehh . Tanya lagi siapa . Paham paham lah . hihih *facepalm* :p Terkejut bak hang tengok dia ! Mata tuh . Mata tuh ber eye liner ! hee . Make-up ke bang ? Terpempan aku . Lain beno mata dia haa . Dah . Apa cerita part angau kat sini . And he said sorry . I couldn't say any word . Lots of awkward smiles actually . :') Plus still terpempan dengan mata tuh . heheh . Kami terpaksa melarikan diri awal kerana , eh jap tak lah awal sangat . Nak pukul 12 dah time tuh . hahahahahahah kay tak lawak . Cuak doh pakcik PB ronde ronde buat muka tak comel -_- Dengki betul !

Balik bilik tuh lah kan . Bukak hadiah Naza bagi . auwwwww :D cantik sangat !


Time nak tukar baju aku bukak lah almari . Bab bab babbbbb . Belon berterabur ke aku . Ya Allah ! Penuh belon satu almari !

" Ummiiiiiiiiiiiiiiii ! Siapa buat nie ?!!! " -me
" Mana aku taau *pokerface* " - ummi the naughtiest roommate !
" Tipu ! Selalu menda menda macam nie kau tau siapa . Ummiiii kerja siapa nie ." 
Aku tengok ada gift box kecik . Aku baca kad dalam tuh tulis ' .... from Ummi '
"Ummiiiiiiii ! Kerja kaaaaauuu ! aaaaaaaaa comel nyaaaaa . kau beli sungguh natang nie ?!!! "

Umi gelak sakan . " Happy Birthday Ain ! " Udah nye dia nyanyi untuk aku . Ya Allah another big surprise  noks . hahah . Sebab aku pernah gurau dengan dia masa dulu keluar sama . Aku cakap " Umi aku nak minions nie bedday aku . " hahah . Ummi ummi :')

Lepastuh baca pulak wechat dari Yun .
" I'm sorry . Maybe I tak dapat jadi  orang first yg wish you . I hope i jadi org yg paling last lah wish you . Hihih "
And he already planned it . Dia nak buat aku mental . Tapi dia yg mental koyak sendiri . hahah . Dia nak buat macam taktau birthday aku rupanya . Choyy . Eventhough he gives the simplest gift yet he's the greatest gift i got :')

What do I expect ? I thought it is my most worst horrible birthday . Tapi tak :')
" Sabar lah Ain . Maybe the end of the day kau akan rasa hari yg paling best . " - Adib .
He was right ! All of the pains and suffer before just drifted away ! :'D
Mak , i have the greatest gift . I have everyone here . I'm happy here :)

Mungkin aku tak nampak , tapi as Yun said , ada orang yg care pasal aku .
Yes , i have been wrong since early :'( Everyone being so nice to me . Ramai wish . Doa kan kesejahteraan aku . Ramai . Tapi aku terlalu melayan kesedihan sampai aku tak bersyukur dan tak nampak semua orang .

Btw even aku gaduh dengan Ziqah , dia sebenarnya the first yang wish :)
Babe , i'm really sorry . And thank you :')
Bukak laci ada natang nie teanjat boboy =B hihih 



THANKS EVERYONE :')

Thanks Rahim dan geng JPK Cengal 5 yg nyanyi untuk saya =3 *blushing*
Thanks Betanese , SMKB-rians .
Thanks member se- UiTM
Thanks to all of the wishers .

Thank you all for making me feel very special .
Thank you all for making this day incredible .
Thank you all for being by my side though from far .

" Life is too beautiful " 
 Never close your heart to those who always there around you although you don't see them .
Tup .

Thursday 16 May 2013

Lembaran Lorong Gelap

Assalammualaikum .

Selamat pagi anak-anak muda :)
sihat ?
aku cuma nak share sikit apa yg mengganggu benak hati aku dari semalam .
saja nak sentuh sikit hati anak-anak muda . konon nya lah . harap ada lah yg tersentuh .

you guys setuju tak kalau aku cakap ,
"makin banyak you guys teroka dalam dunia nie lagi matang you guys" ?
benda betul . bagi aku lah . sebab makin ramai aku kenal orang , makin banyak aku tahu pasal dunia nie .
kita semua masih muda kan ? banyak lagi benda kita tak tahu .

Kisah #1
Jejaka nakal . Terjebak dengan dadah . Background keluarga tak berapa nak baik. Mencari rezeki katanya . Pusher sana sini . Dalam pada masa yg sama tertawan hati dengan keenakan barang . Berniaga sambil menyuap masuk mulut sendiri . Kantoi . Kantoi . Tapi sahabat yg disumbat ke lokap . Nasibnya baik. Jejaka nakal sudah tersedar .



Kisah #2
Gadis ayu . Wajahnya comel . Masih muda . Sangat muda . Terjerat dengan mainan cinta . Pelajaran tidak dipandang . Mainan lelaki lumrah harian . Mungkin dalam diam dia sebenarnya takut untuk berubah . Tiada yg membimbing . Jadi dia terusan menikmati syurga duniawi .



Anak anak muda semakin ramai yang jauh tersasar dari landasan yang sebenar .
Gadis tiada mahkota ? No biggie katanya .
Mak ayah mana dik ? Semua kata perintah mereka kau langgar. Apa lagi yang di atas sana ?
Yang Maha Esa pun kau langgar .

Nak ikut cerita , aku pun pernah masuk ke lembah gelap . Pernah jelek dengan aturan dari Kalam Allah . Pernah kecewa kan mak abah aku . Pernah jadi gadis tanpa arah . Tapi tak pernah lah aku sentuh perkara yg menjijikkan . Arak dadah sikit pun tak pernah aku sentuh . Rokok pernah aku sedut sekali . Terus terbatuk . Menyumpah kebodohan diri sendiri .

Tapi aku tersedar . Sampai bila aku nak jauh dari keluarga tercinta ?
Sampai bila aku nak jadi anak tak bersyukur ?
Bukan tak boleh berubah . Kun fayakun . Bila Allah kata jadi , maka jadi lah ia .
Jangan panggil seorang bekas penagih dadah itu teruk . Jangan panggil perempuan sundal itu teruk .
Kita bagi mereka peluang . Mungkin hati dia masih belum terbuka .
Bila aku dah besar , aku dah masuk uni , aku nampak bezanya dunia aku dengan dunia luar .
Sedih sebenarnya tengok anak anak muda seusia adik aku dah jadi tak berapa nak manusia . Nak ditegur bukan adik sendiri , anak orang tuh . Tapi sedih .
Baru lah aku tahu bodohnya aku dulu . Sekarang aku curi betul betul masa yang ada untuk aku dengan Allah . Untuk aku dengan keluarga . Nanti kalau dah tak sempat nak bercinta dengan keluarga menyesal .

Anak anak muda,
bangun lah . Satu hari nanti bila korang dah besar , dah matang , korang akan gelakkan diri sendiri .
Yang masih sekolah , belajar lah . Jangan pernah bosan belajar .
Cari ilmu , kasi padat dalam dada . Otak kasi centre . Jangan jadi manusia tak beakal .
Konon IQ tinggi tapi moral ? Anjing lagi molek perangai .

Selagi mak ayah hidup lagi , kasi mereka senyum . Nak ke korang tengok mak ayah sendiri seksa menanggung dosa yang korang timbunkan tiap hari ?

Kita sama-sama doakan yang terbaik untuk hidup kita .

btw ,
"Selamat Hari Guru" Terima kasih warga pendidik . May Allah bless you guys :)

tup .



Monday 29 April 2013

Which way to go ?

Assalammualaikum .

Hello gays :')

So , what broke your heart the most ?
Lost someone you love ?
Yupp it hurts like craaaaaaaaaaazey .

But what about the loss of  many many many person you love ?
Jangan sebab putus cinta , patah hati , kau kena amek jalan yang salah and . . .
FAIL YOURSELF 
Kau buat benda benda bodoh . Kau ditch family . Kau jadi perengus . Kau memberontak .
Tak itu semua takkan bagi kau tenang . Sikit pun takkan kasi senyum kat muka comel kau tuh. Kalau kau comel . Kalau tak comel plus tak senyum langsung . . . err apak lah huduh gila kan kan .

Jangan risau . Jangan sedih . Jangan gusar .

Masih ada satu jalan yg kalau kau takut-takut nak ikut pun kau tetap akan nampak benda yang baik dan betul . Satu masa nanti kau akan nampak juga .

Mend your broken heart , dears . La Tahzan :)
" Janganlah kamu bersedih sesungguhnya Allah selalu bersama kita : At-Taubah; 40 . "

So,instead riot sana sini . merempit tak tentu hala . clubbing bagai lahaaai .
why don't we , spread our LOVE through Allah . "Iqra ' ! " Baca lah !
Keep calm and grab your Quran :')
Be with Him . Plead to Him . Ikut jalan Allah SWT yang Maha Esa Maha Kuasa .


Tup .

Sunday 21 April 2013

Grab your spatula ladies !

Assalammualaikum .

haaaiiii . . . err. makaiii . *rolling eyes*
ini blog kee rumah berhantu nie .

so,
have been busy . sangaaaaat busy masa exam , tak terjejak langsung nak update blog.
now dah balik cuti sem , wehooo \^^/ . tapi , tetap busy jugak .
well, have to take care of my husband , my kids, hikhik *ketawa kuda*
kejadah apa aku dah ada husband ?

so, parents aku pergi indon lima hari, takkan aku nak duduk diam goyang bontot jee ?
sebagai anak dara yang comel molek serta solehah *aamiin* harus lah aku jalankan tanggungjawab menguruskan rumah .
so tak perlu you gays nak tanya aku ,
" Dah dating ? "
" Wayang cerita apa best ? " 
cerita nya memang tak lah aku nak jawab ! krik krik jee bunyi . aku duduk bawah bumbung rumah jee weh. keluar ? ada ada . pergi pasar bersosial dengan ikan dan ayam dan sayur . hahah.
setakat nie aktiviti aku yg paling seronok lah yaitu  MASAK . yes MASAK . hahah. apa ? ingat aku tak boleh masak kee ? hell-o , tengok kaki lah .
MASAK nie sangat mudah sebenarnya yaa anak anak .

on laptop - connect berukband - type "resepi blablabla" - hit enter - tadaaa !

hahah. aku tak tengok resepi memang hancus lah. ayam goreng pun boleh jadi jetupat palas agaknya . hahah. apak over .

hari nie sempena birthday adik aku , aku buat lah something special sikit .


tadaaa ! yumm yumm :3
agar-agar buah laici + buah naga . lepastuh ayam bakar dengan peraman lemon and rempah ratus , dibakar dengan bell pepper berwarna warni . hikhik :p

mungkin girls nowadays ramai yang tak pandai masak lagi. but boys, jangan lah hina diorang, ehh kami. heheh. aku pun bukan reti sangat pun.
masak nie perlukan skills. skills boleh dikorek-korek. belajar sekejap jee dah pandai .

pernah dengar tak seekor tikus berkata ?
Anyone can cook . "
So, girls , boleh lah start belajar masak from now on, and dah terror moh kite tunjuk belang kita kat those boys yg bajet bagus ! :p hahah

opps opps opps my boy dah seru-seru rindu tuh :3 gotta go .

tup .

Sunday 24 March 2013

Seribu liter jus otak . Satu bulan penyeksaan .

*sila pasang lagu "Still Alive - BigBang" sebab aku tengah gilak lagu nie.*

Assalammualaikum ~

Hello hello hello gays all over the place . ehh ?
Lama gilak rasanya tak jejak blog nie kan .
Nak post pun bukan ada menda nak cerita pun. Cerita bosan sanggup you gays nak scroll sampai juling mata ? Semata lah kan. Main GTA kee, surf redtube kee, makan steamboat kee, syok lagi lah kott drpd blog huduh nie .

So hari nie Ahad. Ahad. Ahad ehh . maigaaaad Monday blues gonna hit me tomorrow ! *facepalm*
waaaaaiiit , classes dah habis kan ? HAHAHAHAHAHHAHAH.
Apa ada hal. " FINAL EXAM FINALLY COME TO STEAL YOUR LIFELINES "
im struggling hard studying down here :p :p :p 
  tak. tuh bukan aku. aku punya muka time study comel lagi . hikhik :3


Biasanya hidup study week nie ramai pakai ayat keramat , tak lain tak bukan,

"The hell set alarm clock ?! Lemme smooching all day long with my bed ! "

Siapa yang cukup baik nak bangun awal lepastuh study all day long kan ? Siapa yang lame gila nun ? Lame me is so lame. Yupp its me *rolling eyes*

Rutin harian study week  : 
Bangun - Study - Makan - Berak - eh tak berak kadang kadang tak tentu - main game - study - makan lagi - study lagi - study lagi - study lagi - menipu gila kan study kejadah nya - tidoo lah pulak .

Study week kejadahnya kan 4 hari jee ? Khamis depan paper start dah . Ayoyooo ammaa appaa .
So say goodbye to C-Mart *mall paling ekstravaganza di alam semesta* , goodbye online all the time, goodbye muveeeeessss , *bisik* goodbye mamat mamat ganteng yg selalu jadi halwa mata .

Kids, FINAL EXAM no joke okay ? Joke lah joke kau , dapat pointer rendah baru kau tahu apa itu penyesalan . There are some the "DO's" and the "DONT's" you kids should not take granted ;

DO
  • study well. study smart. do mind maps which you understand better. or perhaps sketch on the walls might help ?
  • past years questions. not just stare blankly at your horrible tests and quizzes .
  • group discussions. not group discuss-well let just gossip-ions .
  • eat well. take good care of yourself.
  • go to the library and breathe in all the study mood . i know you are not gonna study in your room. your bed is more charming ayy ?
  • be nice to others. to people. to cats. to dogs. to trees. to rocks. to wind. to whatever to.

DON'T !
  • stressed out too much ! 
  • sleep late or sleep too much .
  • study last minute .
  •  go out and play too much. the weather is sensational burning now (T^T)
  • drunk and drive . wait, DON'T drink any liquor at all . HARAM weh HAROMROMROM.
  • go lovey dovey with girls, or boys, or in case you are bisex, don't play at all .
  • on top of the list, DON'T forget Allah SWT , The Almighty Allah :)
Dan aku taktahu kenapa tiba tiba rajin nak bagi tips. sepiking inggelish uolls. pfft. sambadii slap me on ma facee *flips shawl*


 

Tup .

Saturday 9 March 2013

Friday 8 March 2013

Kenapa ? Kenapa ? Kelapa ? Kepala ? eh?

Assalammualaikum .

Oolloooo ~ hikhik . Effect cute habis lah kononnya kan. *puke*
How are you ? Any fascinating events lately ?
Sekian lama rasanya i tak post kan uolls . Tak lah lama mana pun. ciss .

Here's the thing,
have you gays ever wondered, bila pegang something yang lain sikit, or maybe benda baru, you gays terfikir,
"Siapa yang terrel gilerr ahh reka benda alah macam ni ? 
"Agak nye kan lah, macam mana diorang terfikir nak buat benda alah macam ni ?
Honestly lah kan, wa suka mempersoalkan segala natang yang wa ada kat tangan wa. Benda simple simple pun kadang-kadang tenung sampai tiga pat jam fikir.
As example, wa beli penyepit bulu mata . Wa fikir. Wa tenung. Wa fikir lagi. Wa bertanya :

"MACAM MANA DIORANG BUAT BENDA ALAH NIE ? MACAM MANA ???"

Tak ke apak annoying nya bila benda simple pimple macam tuh pun boleh bagi torture minda wa sampai naik kecut otak. 
Yang annoying nya wa lah kan. Siapa suruh fikir sampai juling mata. 

Memang kadang-kadang wa suka terfikir jauh likeeee a thousand miles. *gedik gila*
Kenapa Roti Gardenia tarikh luput sekejap sangat ?
Kenapa reka selipar Fipper ?
Kenapa perempuan suka bergossip ? wa ? wa bercerita bukan bergosip . *flips shawl*
Kenapa aku kena belajar Physics dan Calculus ?
Kenapa lelaki suka awek comel je ? Wa tak comel ke ? eh kenapa gelakkan wa ? Kenapa ? 
Kenapa itu ?
Kenapa ini ?
Dan macam-macam lagi kenapa .

Dan wa masih tertanya-tanya lagi, siapa yang reka penyepit bulu mata ?


alatan membunuh

Tup.


Wednesday 27 February 2013

9 Bulan 10 Hari dan Pemberi Benih .

Assalammualaikum , well helloooooo dunia yang fana .

How are you gays ? Lately makin ramai sakit itu ini. Biasa lah cuaca tak berapa nak mesra dengan kita , ye dakk ? Me also baru je baik sakit tekak and seleleselema *achoom* .

You gays mesti macam " Daffuq ain pregnant?! "  bila baca tajuk post nie kan ? Bahahah. Gila apa. Suami pun tak terjumpa lagi nak pregnant kejadahnya. Ciss .

Sini. Aku nak mencoretkan sikit isi hati untuk both manusia yang paling aku sayang ketat rapat lah .

Fadzilah binti Angliman,
sila abaikan makhluk gedik di sebelah itu -,-
Seorang Mak,

Mak pregnant kan ain lama gila tuh , ain tak pernah pregnant lagi so taktahu apa rasa , kuatnya mak cuma Allah jee tahu. Roh mak bergegar masa mak nak bagi ain tengok dunia.
Bila dah dapat tengok dunia ain tamak. Ain jadi manusia yang kejar nikmat duniawi. Ain tolak tepi semua nasihat mak. Ain berkira. Ain mengungkit. Ain degil. Degil yang sangat degil sampai mak macam dah mengalah nak layan perangai setan tanduk lima ain nie. Masa muda banyak penyesalan ain. Bila dah kenal jalan Allah yang betul baru ain tahu,

Mungkin ibu kita selalu menangis di malam harinya kerana kata-kata kita kepadanya di siang hari.

Mungkin ibu kita mengeluh ketika memasak juadah untuk memuaskan nafsu buas kita .

Mungkin ibu kita lelah menjadi tempat amukan ayah saat kita membawa masalah.

Mak, sesunggunya hanya Allah yang dapat membalas jasa mak. Ain tak mampu. Nak cari hidup sendiri pun ain terkial-kial . Sekadar kata maaf dan terima kasih jee ain mampu.
Terima kasih mak :)

Terima kasih untuk menumpangkan ain di rahim mak , betapa banyak sakit mak sepanjang 9 bulan 10 hari tuh , maafkan ain kerana mak terpaksa susah payah meminjamkan rahim untuk ain .

Terima kasih untuk melayan gelak tawa dan mengesat air mata ain . Maafkan ain sebab terlampau banyak curi masa mak yang berharga hanya untuk memberi keselesaan kat ain .

Terima kasih untuk sudi menyambut anak ini, memberi nama indah, masak sedap-sedap bagi ain gemuk. heheh :p

Terima kasih mak. Terima kasih sudi jadi mak ain. Lebyuuu my cutie mummy <3


Misdi bin Mohtar,
cita-citanya nak menjadi superstar tidak kesampaian mueheheh :p

Seorang Abah,

I have always been a mess. Masa susah baru lah sibuk ain nak mengendeng

"Abah, nak itu . . Abah, nak ini. . . Abah, duit. . .Abah, tolong. . ."

Bila buat salah tak fikir pula banyaknya dosa ain kat abah. Bila kena marah ain menjawab balik. Bila dinasihat ain bentak bentak. Bila dilarang ain makin buat. Sudahnya, ain sendiri yang susah then balik ke ayat

"Abah tolong . . ."

Abah, terima kasih :)

Terima kasih untuk rotan ain kala ain bodoh tuli mengaji Quran dulu. Sekarang ain dah tahu apa itu indahnya mengalunkan Quran dengan merdu.

Terima kasih untuk ajar ain belajar hidup susah masa kecik. Sekarang ain tahu betapa syoknya dapat hasil dari titik peluh sendiri.

Terima kasih untuk segala yang lain. Terima kasih sudi menjadi malaikat untuk ain yang banyak kekurangan ini. Terima kasih sanggup menahan sakit hati, sakit perut, sakit tangan, sakit segala sakit semata nak jadi seorang abah untuk seorang Ain ini.
Te amo mucho pappa rock <3



Doakan mereka , tidak, doakan semua ibu dan ayah di dunia ini .

Bismillah. Ya Allah, kau ampunilah dosaku , dosa kedua mak abahku, kau permudahkan lah jalan kami sekeluarga ke jannah Mu . aamiin .

Tup.

Wednesday 20 February 2013

Dufidufidu raffa ~

Assalammualaikum.
Hoy hoy ~

Whats up niggas ? What ? Me ? Happy semacam ?
eheheh. well. Tak lah. =3

Ekceli,
Saya mencuba menerima sesuatu yang baru.
Saya mencuba menerima bahagia semula.
Mungkin tak kekal. Mungkin berakhir.
Itu ketentuan Dia. Saya mencuba.
Tapi saya berterima kasih kepada beliau kerana meminjamkan seketika senyuman ini :D *shining teeth*

So here i am, stucked with overly-grumpy butterflies in my stomach. sobbering over sweet love stories. giggling over texts in my inbox. I am that pathethic ? What else could it be ?


 Yupp he is rare. I love rare.

I love him. and I know he loves me too. I just know.

We may not in , the stage yang orang selalu kata "IN REALTIONSHIT" thingy. But for sure we got chemistry in between. Mungkin cuma kongsi perasaan yang sama ? Tak perlu rasanya bila berkongsi perasaan nak declare , "We are in relationship *so bitches get out*" .
No no no darling. Kalau declare tapi end up pointlessly apa guna kan kan. Chill lah.

I have my own prinsip hidup where, i don't want end up doing *Astaghfirullah al Azim* , benda yang, what couples always do. Clinging each other like monyet . I will try my best to protect ours. Dignity. Pride. And love ? :p ececececocecocecocehh. whateveeeer .
So mungkin kalau aku nak share every single-damn-framptious days with him dengan di isi gigglingsss and droolingss yang tak overboard mungkin, just mungkin, tak salah kan ?
By sharing stories , hidup lebih ceria. Ada masalah pun senang je nak settle kan kan kan.
Haters surely gonna hate me. hekhekhek *gelak piggy*

Pray . Hope. But don't hope too much. Just pray :)

So here i am again, having stomach pain, butterflies crawling everywhere.
To say that,
Mok aaa , I love you, for who you are, for what i feel. I just loveee this feeling you know ! ^,^

Sibuk sangat nak tengok siapa kan ?
Nah .

yeah baby i love you too. muah. *wish could say that*

Tak tak, ini imaginary boypreng from london. He is so chocolate bar i won't stand a chance. huhuh.

Tup.

Saturday 16 February 2013

LOVE Story anyone ?

Assalammualaikum . Helooooooooooooooooooooooooooooo gays all over the world :D

UP :)


So gays , i wanna talk about LOVE here.
Love everywhere. I love. You love. They love.
We all feel love. Ada love yang konon nya nak foreber and ebeeeerr. Cinta sampai mati.
Cinta kan Allah for sure :)
Cinta parents. Tapi ramai jee sipi sipi nak jadi durhaka. Konon cakap,
 "Cinta wa kat mak bapak tak pernah pudar." Cliche ~

Love biasanya mesti datang dengan sakit hati. Biasa lah jealousy. Boypreng cakap sikit dengan awek cun mula lah telinga panas. Awek kena usha dengan mamat bangla pun nak kecoh. Puih.
Rejection ? Naaahh. Too mainstream. Crush always crushes our hearts, ayy ?

Ustazah wa pernah cakap ,
"Kalau jodoh tak ke mana. Kamu lari lah sorang ke hujung sana sorang ke hujung sini. Nanti jumpa gak. "
Apa main point ustazah duh ? You gays tak perlu lah nak sweeto sweeto sangat , *aku terasa sendiri* kalau takdak jodoh putus tengah highway to heaven kan sendiri sedih.
It happens all the time.
Wa dulu pernah beria bercinta tak jugak kahwin. Banyak lah cerita sedih cinta wa kalau nak cerita. Mau lima pages cerita sedih wa jee . Nanti pokai you gays nak beli tissue baca tau. mueheheh. propa sangat ~

Actually wa cuma na cakap , wa tengah sobsob tengok cerita UP  *click link for more info*
The greatest LOVE STORY ever ! Tengok 150 juta kali pun wa tetap meleleh hingus.


So be calm and wait. 
Wait for your one and truely foreberrrr love :)
And when that moment come don't ever let it loose. 

Tup.


Terima kasih *bara bara bere bere*

Assalammualaikum . Hello gays, *tiup habuk* berhabuk kalah kilang kayu wa punya blog.

ehem ehem. Wa di sini nak bagi ucapan,

Terima Kasih Malaysia .

Terima Kasih BB1M .

Terima Kasih Najib *muah muah sikit*

And we were like oh my Allah RM250 free mana lagi boleh dapat ouhh macam nie !

Rezeki Alhamdulillah ada kat mana-mana .
So me and me friend pergi lah Sunway Pyramid di Petaling Jaya sana nun. Selepas berhempas pulas berbasah spendar main ice skating, sampai seluar jeans feberet wa koyak besau , ini wa taknak sentuh jauh jauh. Isu sensitip. Remuk hati wa.
So then wa dan wa punya friend dan dia punya friend naik lah ke Popular Bookstore dengan gemalainya. Saja je kan jalan ala-ala siput sedut padahal timing kedai nak closing dah makin dekat.

Sesampai sana we alls dok usha lah sana sini rak yang berderet tuh. Sekali hamik kau tiba-tiba ada announcement :
"KEPADA PELANGGAN YANG DIHORMATI. PERKHIDMATAN KAMI AKAN TAMAT DALAM MASA 15 MINIT LAGI. TERIMA KASIH BLA BLA BLA BLA "
Gelabah nenen tak gelabah nenen lah wa cakap ! Wa punya friend siap berlari, cess. Chill lah gay .
Sesemput wa korek setiap penjuru tuh wa dapat lah hasil yang tak seberapa molek nie. *sobsob*



Dapat lah 8 novels yang wa rasa macam ranum ranum berlemak jee . Love on first sight lah konon nya semua nie.  Mohon cuti sem nanti sempat lah wa ngap semua nie.

Ouh yaa .
Btw you gays should go to Popular Bookstore because :


Baik punya promotion ! So habiskan RM250 in one receipt dapat lagi RM50 percuma . Worth it right ? Credited to Popular Bookstore :) 

So, the akhir kata

MOHON DAPAT BAUCAR LAGI. GUA NAK BELI NOVEL LAGI ! 

p/s: Jangan lalu highway SKVE terus ke Banting. Menyesal tak berlagu wa cakap nanti.

Tup.


Sunday 13 January 2013

Roadtrip to the end of the map.

Assalammualaikum .
Hello hello hello gays all over the world ~ *nari nari cipan*

13th January 2013 .
Subhanallah indah langit subuh :')

Seronok much you gays this weekend ? Aku cukup beronok-ronok hari nie.
At first awal after subuh aku dan Haziqah, of course kitorang pergi jog sana jog sini.Membakar lemak-lemak terkumpul. Menghirup udara segar. Melapangkan fikiran. ecehh puitis. Kalah A. Samad Said lah kan.
the road seems neverending, right ?
Lepas tuh singgah RPA , supply carbo dan fats balik. Sengal kan ? ngahngahngah.

Nampak sedap, tapi. . . memang sangat sedap actually. hahah . k tak lawak *cucuk mata*

Then balik, mandi bagai apa semua. Get ready, pergi keluar lagi.
Niat nak ke Kangar beli ticket bus untuk pulang berhari raya cina bertukar track pula. Seronok aku meng-vava vroom motor orang ke sana sini. Sampai ke hujung peta ! Tak percaya ? Google maps sikit, Kuala Perlis tuh letaknya kan tepi laut. Kira hujung peta lah tuh. Kecoh lah you gays nie.
Buttocks pun naik kematu, boleh kata macam ada cucuk Bottox pulak kan kat buttocks nie. eyuw -_-

Puihh gedik nya mukaaaa woy ! 
Then kitorang menyinggah Secret Recipe. Nak nak dapat makan cheese cake ohmaigadd ohmaigadd ! Takda hal lah melayang sikit fulus. Janji mengidam terubat. hahah. Padahal bila bukak wallet air mata mengalir. Kupas bawang katanya.

Yogurt cheese cake ,free a cup of tea.  Mine.

Banana chocolate cake. Ziqah's.
haa ! tang kek coklat banananana nie buat aku gelak. Aku tak pernah rasa menatang nie , bila aku rasa , aku buat muka , hahahahah

"Apahal semacam pelik dohh rasa?" - me

"Asal? Rasa dia macam cokodok pisang ?" - Ziqah

"Haah ! HAHAHAHAHAHAHAH" - me

 See ? Pandai Secret Recipe memanipulasi resepi nenek moyang kita, elok dari cekodok pisang jadi Chocolate banana cake yadaa yadaa yadaa . Unsur illuminati banyak. Banned Secret Recipe lah lepas nie. hahah. 

muka mintak kaki size sbelas. kbye.
Muka pasrah jee apahal si jemah nie. Kekenyangan makan cekodok pisang hahahah.

Dah bosan dengan Kuala Perlis, ehh salah kosa kata, dah seronok dengan Kuala Perlis, menyinggah pula ke . . . Bukit Ayaq . Bukit Ayer. Bukit Air. apa-apa lah korang nak sebut. Asal paham dah lah.

hai. saya budak batak nampak air terjun. sila tampar lelaju .
Apahal lah dengan abang uncensored belakang nun aku snap sekali ? Tak berkat hidup you gays tengok perut terjojol abang tuh kan. Minta maap minta maap. Nasib kami tak bawa underwear spare, kalau tak that moment aku terjun terus join abang tuh lawan selam-selam. Bukan senang nak jumpa air banyak-banyak. hahah.

"Meh mama ikat. Tuh lah kecik-kecik belajor memain."
Get ready to go back to reality. Back to UiTM Arau. Back to tons of stressful works.

Nampak macam Valentino Rossi tak ? hakhak
So here i am, menghadap kerja menimbun again. Nanti free lagi nak buat roadtrip ke Padang Besar pula. Apa ada hal. Perlis nie kecik sejembut peta je. hahah.  Alhamdulillah kurang stttttttress sikit-sikit tadi. hikhok.
Dah dah lah you gays. 

Tup.

Tuesday 8 January 2013

Neverending history of hostels.

Assalammualaikum ! Well hello hello hello good evening gays all over the world.

You gays dah makan ? Dah minum ? Dah yakyak ? Good good *nodding*
Penat kan hari nie. Aku rasa macam today was the longest day evaaaaaa. Semua pasal lab chemistry yg neverending gila procedures dia tadi lah. Sampai terketar-ketar aku buat experiment. Maklum lah excellent student memang bagi full commitment, klung klang klung klang bunyi conical flasks sana sini, full commitment yee dalam menipu result sekalipun *muka confident*

Sesampai bilik aku rasa heaven gila dapat cecium tilam buruk aku nie. Penat bak hang. Tetiba aku duk terfikir, ter flash back sikit, masa zaman dolu-dolu aku duduk hostel for the first time in my life. Memang ayat gedik habis. Aku nie anak number empat dari enam zuriat cecomel dan kekacak hasil perpaduan mak abah aku. hahah apahal lah ayat kau ain !
Okaaaay back to the topic. Even anak tengah pun sebenarnya tahap kemanjaan aku super duper infinity ahh omputih habaq. Dulu zaman form one, aku dicampak masuk ke sekolah berasrama kat keyyell sana. Under Yayasan Selangor. Aku tak ingat nama yayasan tuh tp tempat dia kat Bukit Nenas kott. Kee bukit cempedak ? Ehh buta nya geografi aku. And sekolah aku pula SMK(P) Sri Aman, satu hostel tuh sekolah lain-lain lah, haaaa nie bawah nie sekolah aku dolu-dolu

tudia menggamit memori tengok bumbung
More info about this school ? Click here lah here lah ! Sekolah nie aku cakap pergh ! High class weh, memang aku rasa mcm awkward gila, memang aku ini anak orang kampung *tiada keretaku bawa kau jalan jalan* okaaaaaaay diam. sooo bila masuk bandar besaaau nie aku mcm takut-takut tikus jee. Sempat aku duduk kat keyeeell nie seminggu jee tak lebih tak kurang. hahah. Aku tak suka semua lah serba serbi hostel aku tuh, makanan dia tak cool, ikan goreng mcm ikan bantuan kemanusiaan je aku tgk , acik dewan makan dia dah lah kantoi cemolot dekat kitchen time aku nak ambik lunch, sesedap jee diorg kat belakang buat aksi memberangsangkan, tp aku kecik lagi takde rasa apa, rasa nak tengok jee, serius tak lebih *muka innocent habis*. Pastuh kakak2 senior tahap kecipanan membuak-buak. Ehh banyak lah lagi aku boleh debatkan isu nie. Sebab dah tak suka duduk hostel kan, even bau dia pun aku jadi tak suka. hahah. Tup tup time weekend parents aku dtg, aku merayu lah nak balik. Menangis nangis bergolek sana sini, padahal tiap hari memang nangis jee kerja call cakap nak balik. Sanggup tiap-tiap hari kumpul syiling nak pakai public, maklum lah henpon henpon dulu too mainstream lah. Public phone lagi cool. Cess poyo. Alkisah aku pun keluar lah dari situ, settle semua angkut barang chiaow ! 
Kisah punya kisah berlanjutan aku masuk asrama lagi, tapi dekat sikit lah dari rumah, SMK Banting, 42700 Banting, Selangor . Tak jauh pun, naik moto setengah jam sampai,

comel nya sekolah aku nie :')
More info about sekolah kesayangan aku nie boleh lah korang usha-usha sini . Ceritanya aku duduk hostel situ pun tak lama. Seminggu gak. hahah. Dah macam sumpahan lah pula cerita aku nie. Tapi tanpa sebab kukuh aku rasa, makan okay mcm hotel 5 stars, katil pun sedap jee, sesaja nak menggedik sampai abah and mak aku merajuk dengan kegedikan aku. Banyak duit habis kan .
 Baru aku sedar aku nie banyak susahkan diorang :'( 
Aku nak buat macam mana, memang aku tak tahan berjauhan, banyak aku fikir, kucing kat rumah tuh, kalau diorang bosan siapa nak main keja-kejar dengan diorang ? Kalau mak aku berdating ngan abah aku lupa nak angkat baju kat ampaian siapa lagi nak angkat kan kalau bukan aku ? Tuh kalau tibi astro tuh takda siapa tengok siapa nak tengok kalau bukan aku ? 
Tuptap tuptap time bulan SPM aku duduk hostel sebab nak fokus study bagai. Semua dok pakat menganjing aku 
"Eleh boleh ke kau nie? Nanti sibuk nangis nak balik hahah"

 Dan kes menganjing aku berlarutan sampai aku masuk universiti nie. Lagi lah tuptap dapat u paling jauh pula Perlis nie ! Kakak abang aku kat Melaka je pun. Cess zimbabwe betul korang. Hasilnya aku lah anak yg paling independent sekarang nie, kott lah, sebab dah terlampau banyak kena suap dengan kemanjaan dari kecik, so after SPM aku lebih suka hidup sendiri. Taknak susahkan abah n mak lagi dah. Tobat tobat tobat. 
Cuma sedih masa hari first mak aku yg pakat nangis time lipat baju aku masuk locker. Cess cover cover lap hingus kat baju aku gak. Mak mak, nasib lah mak comel, kalau tak ain gigit-gigit dah. 

Bila difikir balik kelakar pun ada, macam-macam dah aku lalui dolu-dolu, dah besar gedabak haa aku nie rupanya. Thanks to mak abah aku , cukup banyak kasih sayang yang aku rasa ecehhh :p
Bila ada masalah ke aku nak menggedik ke aku suka cerita kat mak aku bagai, nanti mula lah keluar statement menganjing masing-masing, 
"Eleh nangis nak balik lah tuh. Kenapa? makan tak sedap ke? hahahahahahah"
Cess kuangsam !
Mak lihat lah muka bahagia anak mak dapat study U . See? Ain dah besaaaaa mak !

 "Experinces are the best teachers. Though they are bad."
Tup.

Saturday 5 January 2013

Kawan laga-laga kepala dulu kini dan selamanya.

Assalammualaikum . Hye gays all over the world . How have you gays been ?

Seronok weekends melepak sana sini tak tentu hala ? Good good. *nodding* Seronok kan. Kerja tinggal belakang dulu. Beronok-ronok minum-minum lepak-lepak berasap sebatang dua dulu.
Tunggu lah waktu dekat-dekat nak kuliah baru you gays tahu penyeksaan nak siapkan kerja last minute. hahah.
Bukan nak cerita pasal kerja. Kerja kerja kerja. It's weekends lah weh ! Have fun, live young blablabla okaaaaaaay not for student like ME. No. Definitely zero error. Mahu ranap masa depan aku.

Back to the topic, apakah ? Kawan laga-laga kepala ? Entah. Aku main letak term macam tuh. Sedap jee bunyi. Dia; Ummi Ezzati anak tokey besar projek juta-juta , insan istimewa bagiku. Eceh geli geleman bulu kaki aku. Sahabat sekolah menengah, sesama buat jahat. Sesama belajar. Sesama macam-macam lagi lah. Sebab aku baru jumpa dia tadi setelah sekian lama tak ketemu saja lah aku nak cerita pasal dia.
Aku meredah panas dengan matahari tercacak jarak 2 meter jee dari atas kepala, dengan tak berpayung nya, berjalan keluar kolej sampai RPA, okay taktau RPA, kata lah dari lobi KLCC kau berjalan sampai ke tingkat atas sekali . Hyperbola nya aku. Lebih kurang setengah jam perjalanan aku . Habis sunburn tau hewhew *duckface sikit* . Semua pakat tenung aku pelik berjalan. Dah semua berkenderaan beroda dua tiga empat dan seterusnya keluar UiTM. Ada yang tegur,

"Tak panas ke dik ?"
tak lah sejuk gila macam kat kutub utara bang

"Huy nak ke C-Mart ke dik ?"
jalan straight je senyap boleh tak. saya nie pemalu tahu.

"Haaaaai ! "
hai je ? tumpangkan takpe gak. puih.

Tapi aku tetap gagah sebab fikir kerinduan yang menebal. Walaweh ayat komsas habis. 


Nampak tak utuhnya kasih sayang kami
Zaman fivers. Batch 2011 . Hari Koperasi Sekolah. Aku jadi usahawan aiskrim . Ala-ala tutti frutti gitu. Rindu toksah habaq lah weh ! Aku kalau lah ada fairy godmother tuh aku nak minta dia bawak aku balik ke zaman sekolah. Aku tak suka zaman lain. Tak suka tak tak tak.
Ikut pendapat aku sendiri, mungkin ramai di luar sana fikir macam aku juga, yang mana, zaman sekolah menengah lah zaman paling seronok. Kawan pun lain. Cikgu pun lain.
Bukan semua kawan sekepala kita boleh jumpa kat mana-mana . Kawan sekepala kalau dah jumpa satu tuh, itu je lah yang boleh buat , tuh aku cakap buat laga-laga kepala. Mungkin ada lagi ramai yang serupa tapi tak sama. Tak boleh nak laga-laga kepala sangat. Cerita nak berlapik jee manjang. Halaaahai lomah .

Senang cerita kita biasa sangat jumpa kawan yang jenis, makan kawan, tolak kawan, pijak kawan dan sebagainya. Susah nak jumpa kawan yang betul boleh kata SAHABAT gitu. Makin besar makin pelik perangai manusia aku jumpa. Aku sendiri pun ada busuk-busuk gak. Jangan lah judgementals sangat kan. Err okaaay .

Moral of the story, you gays fikir sendiri mana yang baik mana yang busuk. Yang busuk buat kawan. Yang baik buat sahabat. Jangan pernah cari lawan. Kau fikir lah ! *scream to Aizat's song*

Sambung lepak dengan tutorials.
Tup.

Friday 4 January 2013

Timbul tenggelam.

Assalammualaikum . *toleh kiri kanan pastikan line clear*

Apahal nak toleh kiri kanan ? Mana tahu roommates aku intai aku dok merapu nie. Jatuh kemaluan aku.
Haaaaaaaaaaaaa.
Lama dah aku tak menjejak kaki kat blog nie . Berusang bersawang bersebagainya lah . Tiba-tiba baru nie lah aku rasa nak mengarang memacam kan. 

"UPDATE LAH AIN UPDATE LAH UPDATE LAAAAAH"

Banyak betul bisikan-bisikan setan menusuk kepala otak aku . Bukan lah nak membuang masa.  sesaja jee weh. mengisi masa terluang, konon nya lah kan *haaaktuih*.
 Padahal dok kalut fikir tutorials lah , lab reports lah. Nampak tak cemerlang nya aku study humban jejauh , blog aku number satu kan.
Ehh bahasa aku macam rojak basi sangat entah kenapa. Penat mungkin. Lepas menapak tangga beranak-pinak lima tingkat. Penat yaa aku penat. Saja nak menggedik potpet potpet kat sini. hahah.

Aku baru balik ko-ko sebenarnya nie. Persatuan Gamelan UiTM Arau Perlis . Ada gak lah ciri-ciri seni dalam jiwa aku rupanya. Alat yg aku main , err bunyi macam tak semenggah sikit , GAMBANG . 
Indah rupanya, enak bunyinya. 
See? 
Tak pernah dengar ? Noob noob noob gila weh kau ? hahah. Okay letak kerusi tuh ke bawah.Chill aku bergurau lah kan. hmm hmm.
Aku belajar main dulu first-first nak naik juling mata. Bagi orang jiwa seni kudung lipas macam aku memang agak susah. Boleh lah. Ini pun aku rasa ada lah gak juling-juling jambu air. 20 degree north maybe. 
Dah second class nie seronok lah main dah pandai. Try lah you gays semua cari kelas yg menawarkan subjek Gamelan nie. Mencuba sesuatu yang baru kan kan kan. Seronok pun seronok. In shaa Allah satu hari nanti nama aku akan megah atas pentas bermain GAMBANG nie. hahah. jauh sangat berangan pun tak elok sebenarnya -_-

Cukup cukup. Aku nak melahap wedges yang comel lotee nie. Karang dah sejuk merajuk pula baby dalam perut nie. "Mama jahat bagi makanan tak sedap" . Hmm hmm kaaaaaaaaay aku berangan makin jauh nampaknya.