Wednesday 27 February 2013

9 Bulan 10 Hari dan Pemberi Benih .

Assalammualaikum , well helloooooo dunia yang fana .

How are you gays ? Lately makin ramai sakit itu ini. Biasa lah cuaca tak berapa nak mesra dengan kita , ye dakk ? Me also baru je baik sakit tekak and seleleselema *achoom* .

You gays mesti macam " Daffuq ain pregnant?! "  bila baca tajuk post nie kan ? Bahahah. Gila apa. Suami pun tak terjumpa lagi nak pregnant kejadahnya. Ciss .

Sini. Aku nak mencoretkan sikit isi hati untuk both manusia yang paling aku sayang ketat rapat lah .

Fadzilah binti Angliman,
sila abaikan makhluk gedik di sebelah itu -,-
Seorang Mak,

Mak pregnant kan ain lama gila tuh , ain tak pernah pregnant lagi so taktahu apa rasa , kuatnya mak cuma Allah jee tahu. Roh mak bergegar masa mak nak bagi ain tengok dunia.
Bila dah dapat tengok dunia ain tamak. Ain jadi manusia yang kejar nikmat duniawi. Ain tolak tepi semua nasihat mak. Ain berkira. Ain mengungkit. Ain degil. Degil yang sangat degil sampai mak macam dah mengalah nak layan perangai setan tanduk lima ain nie. Masa muda banyak penyesalan ain. Bila dah kenal jalan Allah yang betul baru ain tahu,

Mungkin ibu kita selalu menangis di malam harinya kerana kata-kata kita kepadanya di siang hari.

Mungkin ibu kita mengeluh ketika memasak juadah untuk memuaskan nafsu buas kita .

Mungkin ibu kita lelah menjadi tempat amukan ayah saat kita membawa masalah.

Mak, sesunggunya hanya Allah yang dapat membalas jasa mak. Ain tak mampu. Nak cari hidup sendiri pun ain terkial-kial . Sekadar kata maaf dan terima kasih jee ain mampu.
Terima kasih mak :)

Terima kasih untuk menumpangkan ain di rahim mak , betapa banyak sakit mak sepanjang 9 bulan 10 hari tuh , maafkan ain kerana mak terpaksa susah payah meminjamkan rahim untuk ain .

Terima kasih untuk melayan gelak tawa dan mengesat air mata ain . Maafkan ain sebab terlampau banyak curi masa mak yang berharga hanya untuk memberi keselesaan kat ain .

Terima kasih untuk sudi menyambut anak ini, memberi nama indah, masak sedap-sedap bagi ain gemuk. heheh :p

Terima kasih mak. Terima kasih sudi jadi mak ain. Lebyuuu my cutie mummy <3


Misdi bin Mohtar,
cita-citanya nak menjadi superstar tidak kesampaian mueheheh :p

Seorang Abah,

I have always been a mess. Masa susah baru lah sibuk ain nak mengendeng

"Abah, nak itu . . Abah, nak ini. . . Abah, duit. . .Abah, tolong. . ."

Bila buat salah tak fikir pula banyaknya dosa ain kat abah. Bila kena marah ain menjawab balik. Bila dinasihat ain bentak bentak. Bila dilarang ain makin buat. Sudahnya, ain sendiri yang susah then balik ke ayat

"Abah tolong . . ."

Abah, terima kasih :)

Terima kasih untuk rotan ain kala ain bodoh tuli mengaji Quran dulu. Sekarang ain dah tahu apa itu indahnya mengalunkan Quran dengan merdu.

Terima kasih untuk ajar ain belajar hidup susah masa kecik. Sekarang ain tahu betapa syoknya dapat hasil dari titik peluh sendiri.

Terima kasih untuk segala yang lain. Terima kasih sudi menjadi malaikat untuk ain yang banyak kekurangan ini. Terima kasih sanggup menahan sakit hati, sakit perut, sakit tangan, sakit segala sakit semata nak jadi seorang abah untuk seorang Ain ini.
Te amo mucho pappa rock <3



Doakan mereka , tidak, doakan semua ibu dan ayah di dunia ini .

Bismillah. Ya Allah, kau ampunilah dosaku , dosa kedua mak abahku, kau permudahkan lah jalan kami sekeluarga ke jannah Mu . aamiin .

Tup.

No comments:

Post a Comment