Saturday 5 January 2013

Kawan laga-laga kepala dulu kini dan selamanya.

Assalammualaikum . Hye gays all over the world . How have you gays been ?

Seronok weekends melepak sana sini tak tentu hala ? Good good. *nodding* Seronok kan. Kerja tinggal belakang dulu. Beronok-ronok minum-minum lepak-lepak berasap sebatang dua dulu.
Tunggu lah waktu dekat-dekat nak kuliah baru you gays tahu penyeksaan nak siapkan kerja last minute. hahah.
Bukan nak cerita pasal kerja. Kerja kerja kerja. It's weekends lah weh ! Have fun, live young blablabla okaaaaaaay not for student like ME. No. Definitely zero error. Mahu ranap masa depan aku.

Back to the topic, apakah ? Kawan laga-laga kepala ? Entah. Aku main letak term macam tuh. Sedap jee bunyi. Dia; Ummi Ezzati anak tokey besar projek juta-juta , insan istimewa bagiku. Eceh geli geleman bulu kaki aku. Sahabat sekolah menengah, sesama buat jahat. Sesama belajar. Sesama macam-macam lagi lah. Sebab aku baru jumpa dia tadi setelah sekian lama tak ketemu saja lah aku nak cerita pasal dia.
Aku meredah panas dengan matahari tercacak jarak 2 meter jee dari atas kepala, dengan tak berpayung nya, berjalan keluar kolej sampai RPA, okay taktau RPA, kata lah dari lobi KLCC kau berjalan sampai ke tingkat atas sekali . Hyperbola nya aku. Lebih kurang setengah jam perjalanan aku . Habis sunburn tau hewhew *duckface sikit* . Semua pakat tenung aku pelik berjalan. Dah semua berkenderaan beroda dua tiga empat dan seterusnya keluar UiTM. Ada yang tegur,

"Tak panas ke dik ?"
tak lah sejuk gila macam kat kutub utara bang

"Huy nak ke C-Mart ke dik ?"
jalan straight je senyap boleh tak. saya nie pemalu tahu.

"Haaaaai ! "
hai je ? tumpangkan takpe gak. puih.

Tapi aku tetap gagah sebab fikir kerinduan yang menebal. Walaweh ayat komsas habis. 


Nampak tak utuhnya kasih sayang kami
Zaman fivers. Batch 2011 . Hari Koperasi Sekolah. Aku jadi usahawan aiskrim . Ala-ala tutti frutti gitu. Rindu toksah habaq lah weh ! Aku kalau lah ada fairy godmother tuh aku nak minta dia bawak aku balik ke zaman sekolah. Aku tak suka zaman lain. Tak suka tak tak tak.
Ikut pendapat aku sendiri, mungkin ramai di luar sana fikir macam aku juga, yang mana, zaman sekolah menengah lah zaman paling seronok. Kawan pun lain. Cikgu pun lain.
Bukan semua kawan sekepala kita boleh jumpa kat mana-mana . Kawan sekepala kalau dah jumpa satu tuh, itu je lah yang boleh buat , tuh aku cakap buat laga-laga kepala. Mungkin ada lagi ramai yang serupa tapi tak sama. Tak boleh nak laga-laga kepala sangat. Cerita nak berlapik jee manjang. Halaaahai lomah .

Senang cerita kita biasa sangat jumpa kawan yang jenis, makan kawan, tolak kawan, pijak kawan dan sebagainya. Susah nak jumpa kawan yang betul boleh kata SAHABAT gitu. Makin besar makin pelik perangai manusia aku jumpa. Aku sendiri pun ada busuk-busuk gak. Jangan lah judgementals sangat kan. Err okaaay .

Moral of the story, you gays fikir sendiri mana yang baik mana yang busuk. Yang busuk buat kawan. Yang baik buat sahabat. Jangan pernah cari lawan. Kau fikir lah ! *scream to Aizat's song*

Sambung lepak dengan tutorials.
Tup.

No comments:

Post a Comment